Belajar cara mudah dan berkesan untuk meghasilkan fotografi professional menggunakan DSLR kamera dan grafik software.

BAHAGIAN 1:

Fotografi

Pelajari teknik gabungan komposisi fotografi yang sistematik

Teknik asas penggunaan kamera digital DSLR

Teknik asas digital imaging/ foto editing

BAHAGIAN 2:

Grafik Design

Pelajari teknik digital grafik yang trendy dan menarik

Tips-tips gabungan FotoGrafik yang berkesan 

Din Arshad

Din Arshad, lulusan Uitm, adalah bekas pensyarah sambilan fotografi di UITM, Fakulti Senilukis dan Senireka,  UTM SPACE,  Eksekutif Diploma Dalam Fotografi Kreatif Dan Pengimejan Digital dan University Islam Antarabangsa Malaysia, di Kulliyah Of Architecture And Environmental Design.

Pemeriksa luar untuk program fotografi di Uitm dan penceramah seminar untuk pelbagai program fotografi di universiti tempatan dan agensi kerajaan. Beliau juga telah di iktiraf sebagi Pakar Negara dari Kementerian Sumber Manusia  di bawah Jabatan Pembanguan Kemahiran Malaysia.

Telah bekerja secara  professional  dengan pelbagai pelanggan sejak dia berkhidmat dengan Johan Design Associates dari tahun 1981. Memulakan Dinarshad Studio pada tahun 1988, di mana dia mengembangkan bidang perniagaan yang menyentuh banyak subjek fotografi dari potret eksekutif hingga ke subjek industri seperti, pelancongan, landskap, senibena , fotografi udara dan studio. Sebilangan besar karya fotografi komersial adalah untuk memenuhi keperluan industri kreatif, yang terlibat dalam dunia reka bentuk dan periklanan.

Telah di beri tugasan dan kepercayaan dari pelanggan korporat seperti Malaysian Airlines, Tourism Malaysia, Starhill Gallery, Mediaprima, Makkah Hilton (Arab Saudi), Avillion Resort, E&O Hotel, Malaysian Philharmonic Orchestra, Design Spirits Co Ltd (Jepun), MBSB Bank, Maybank,YTL Corporation dan lain lain.

Dianugerahkan projek Luar Negara di Kemboja, Vietnam, Singapura dan Arab Saudi. Sudah melalui dua era fotografi, analog dan digital. Mempunyai kepakaran teknikal dan kreativiti yang mendalam dalam menghasilkan gambar dan visual. Mempunyai kegigihan dalam terus memberikan perkhidmatan dan kreativiti pada tahap cermerlang kepada banyak syarikat tempatan dan multinasional yang berprofil tinggi.

Fauzi Yusoff

Fauzi Yusoff merupakan seorang Creative Director dan juga Pensyarah sambilan di Universiti. Berpengelaman luas dalam industri kreatif tempatan dan juga antarabangsa. Berkecimpung dalam industri kreatif semenjak 2008 sehingga ke hari ini. 

Kepakaran beliau dalam menghasilkan karya seni digital dengan menggabungkan asas pemahaman komposisi dan layers merupakan trademark beliau. Dari still photo & grafik, hasil seni karya beliau diperluaskan lagi ke arah teknik cantuman dan gambar bergerak, motion grafik dan suntingan video. 

Setelah berkecimpung lama di dalam industri kreatif, beliau meneruskan usaha untuk memberi ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada generasi akan datang. Fauzi Yusoff merupakan seorang pensyarah sambilan di universiti-universiti swasta di Malaysia. 

[2022 – KINI] SUNWAY UNIVERSITY, SUBANG JAYA. 

[2022 – KINI] MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU) CYBERJAYA. 

[2020 – KINI] TAYLOR’S UNIVERSITY, LAKESIDE CAMPUS. 

[2019] KDU UNIVERSITY COLLEGE, GLENMARIE. 

[2018 – KINI] TUANKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE. 

[2017] DASEIN ACADEMY OF ARTS.

 

Sertai FotoGrafik sekarang!

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: